Keputusan pilihan raya negeri Sabah 2020

Keputusan pilihan raya negeri Sabah 2020 telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 27 September 2021. Pilihan raya negeri Sabah 2020 menyaksikan pertandingan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dengan 447 orang calon terdiri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang merupakan kerjasama Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Parti Bersatu Sabah; Parti Cinta Sabah; Warisan Plus yang merupakan kerjasama Parti Warisan Sabah, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, dan Pakatan Harapan; Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu Baru; Parti Liberal Demokratik; Parti Gagasan Rakyat Sabah; Parti Perpaduan Rakyat Sabah; Parti Harapan Rakyat Sabah; Parti Kerjasama Anak Negeri; Parti Kebangsaan Sabah; dan calon-calon BEBAS.GRS membentuk kerajaan Sabah yang baharu selepas menang 38 daripada 73 kerusi menewaskan Warisan Plus yang memperoleh 32 kerusi. 3 kerusi dimenangi oleh calon BEBAS[1].

Berkaitan

Keputusan perlawanan pasukan bola sepak Malaysia Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2018 mengikut negeri Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2018 mengikut Parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2022 mengikut Parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2013 mengikut parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2013 mengikut negeri Keputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1954–55 mengikut negeri Keputusan pilihan raya negeri Sabah 2020 Keputusan pilihan raya negeri Selangor 2023 Keputusan Perlawanan SSMP 2016